raga yang dibuat daripada kertas ini akan kelihatan berseri apabila kita mahir dalam kreativiti menghias. hiasan mesti bersesuaian dengan tujuannya.
raga kertas ini amat sesuai dijadikan bekas untuk hantaran perkahwinan, buahtangan semasa bertandang, hadiah untuk kawan yang baru bersalin / buahtangan untuk bayi, hadiah hari lahir, hadiah hari guru, dan lain-lain kegunaan. ia sangan sesuai kerana ringan dan mengurangkan penggunaan bahan plastik. jika ia tidak diperlukan lagi, ia senang dibuang kerana mudah hancur berbanding bekas plastik.
dengan cara ini, kita sudahpun menjalankan tanggungjawab kepada alam ini. alam selamat, kita sihat.
MENYEDIAKAN RAGA/BAKUL YANG DIPERBUAT DARIPADA KERTAS SURAT KHABAR. SEDIA MENERIMA TEMPAHAN.
Wednesday, January 5, 2011
cenderahati perkahwinan/raga telur: raga hantaran
cenderahati perkahwinan/raga telur: raga hantaran: "untuk mengurangkan beban sampah yang dah menimbun, dengan sedikit kemahiran yang ada,saya mengambil kesempatan untuk membuat raga atau bakul..daripada kertas surat kabar."
inilah hasilnya.
inilah hasilnya.
semua hasil ini telahpun dibeli oleh seorang adik yang berasal dari Tanah Merah Kelantan. sebanyak 400 biji raga telah dibeli oleh beliau untuk dijadikan tanda kenangan kepada tetamu semasa majlis perkahwinannya pada 5 Feb. 2011 yang lepas. semua raga yang ada di sini adalah milik beliau. saya hanya mengambil gambar dan di upload dalam blog ni jer.
kepada rakan-rakan yang berminat bolehlah membuat tempahan. kalau 100 biji tempoh siapnya 8 hari. sebaik-baiknya buatlah tempahan awal.
untuk tempahan:
kak siti : 019-909 4180/09-7434950(malam sahaja)
100 biji raga kosong = RM 90.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
100 biji yang dah siap (raga + tuala muka + hiasan + bungkusan + kos penghantaran) = RM 190.00
Monday, January 3, 2011
cenderahati perkahwinan/raga telur: jaga alam sekitar
cenderahati perkahwinan/raga telur: jaga alam sekitar: "Negara kita mula diselubungi dengan masalah sampah. Tahun 2011 setiap hari sabtu telah di isytihar sebagai hari tanpa plastik terutaman..."
jaga alam sekitar
Negara kita mula diselubungi dengan masalah sampah. Tahun 2011 setiap hari sabtu telah di isytihar sebagai hari tanpa plastik terutamanya pasaraya seluruh negara. sebagai seorang warganegara yang prihatin dengan persekitaran, saya mula mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah sampah terutamanya surat khabar dan majalah yang dibeli setiap hari. mulai 2011 juga saya telah menjadikan kertas-kertas yang berlonggok di rumah gulongan kecil dan dianyam menjadi raga untuk hantaran perkahwinan/ bakul cenderahati untuk tetamu di majlis perkahwinan.
Saya juga berhajat untuk menjadikan hobi ini sebagai sumber pendapatan dan berniaga melalui internet. kepada rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama bolehlah kita berkongsi idea bagi merealisasikan negara bebas sampah.
Saya juga berhajat untuk menjadikan hobi ini sebagai sumber pendapatan dan berniaga melalui internet. kepada rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama bolehlah kita berkongsi idea bagi merealisasikan negara bebas sampah.
Subscribe to:
Posts (Atom)